Soalan
: Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan
timbul terhadap mutu pengangkutan awam di negara kita.
Pendahuluan
:
Pada masa ini sudah menjadi
fenomena biasa apabila para pemandu terperangkap berjam-jam lamanya di jalan
raya akibat kesesakan trafik. Keadaan menjadi lebih parah di bandar-bandar
utama seperti Kuala Lumpur dan Johor Baharu terutama dalam waktu puncak.
Keadaan tersebut mengakibatkan peningkatan kos dan pembaziran tenaga serta
masa. Adakah keadaan yang bertambah parah ini sekadar dapat ditonton dan
didengari sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Bagi kalangan warga kota, inilah suatu
cabaran besar yang tepaksa mereka harungi sejak puluhan tahun yang lampau.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan seperti menambahkan rangkaian lebuh raya,
sebaliknya usaha tersebut sekadar dapat menambahkan kantong pemilik konsesi
melalui kutipan tol tetapi masalah kesesakan terus menghantui para pemandu.
Oleh hal yang demikian, penyelesaian yang berbentuk konvensional haruslah
diperluas kepada penyelesaian yang bersifat menyeluruh melalui pelbagai
inisiatif daripada semua pihak.
Isi
1 : Memodenkan sistem pengangkutan awam terutama di bandar-bandar besar – mengangkat taraf pengangkutan
awam kepada perkhidmatan profesional – pengangkutan awam lebih canggih, lancar
dan istimewa daripada kenderaan persendirian – cadangan mewujudkan lorong khas
untuk pengangkutan awam
Isi
2 : Mempelbagaikan jenis kenderaan pengangkutan awam – dapat menarik minat penumpang
serta sesuai dengan pilihan mereka – kenderaan konvensional seperti bas dan
teksi kepada kenderaan yang lebih sofistikated
Isi
3 : Melancarkan sistem bersepadu antara semua jenis rankaian pengangkutan awam
– menyediakan
kemudahan pengangkutan yang bersambungan dan transit dengan setiap destinasi
utama ke destinasi hiliran – sebagai contoh pengguna kereta api/LRT tidak perlu
memparkir kenderaan di setiap stesen disebabkan wujud perkhidmatan bas awam
yang efisien
Isi
4 : Memberi suatu penanda aras cemerlang/status sosial yang tinggi kepada
pengguna perkhidmatan awam –
menukar paradigma berfikir masyarakat bahawa pengangkutan awam sekadar untuk
golongan marhaen – logistik dan status kenderaan hendaklah memenuhi pilihan dan
cita rasa setiap kelas masyarakat – ambil cara modus operandi perkhidmatan
teksi Uber yang sangat efisien Isi 4 : Memperkemas sistem waktu bekerja anjal –
untuk mengurangkan lambakan kenderaan dalam waktu puncak – mewujudkan jarak
masa pekerja yang anjal antara agensi kerajaan, GLC, institusi pendidikan dan
sektor swasta (perlu dilaksanakan secara tegas melalui arahan kerajaan)
Isi
5 : Mengangkat budaya dan pemikiran operator/pengusaha pengangkutan awam dalam
budaya berfikir kelas pertama (pemikiran berkelas dunia) – menjadikan bidang pengangkutan
awam sebagai pekerjaan yang mulia dan lumayan – menjadi pemandu yang beerhemah,
mesra pelanggan dan berilmu pengetahun – membuang imej buruk pemandu teksi dan
sebagai kasar, baran dan pengotor
Kesimpulan
:
Berpandukan kata-kata tokoh,
“Jikalau mahu maju bersedialah untuk keluar daripada kepompong jumud katak di
bawah tempurung dan berani membuat anjakan paradigma barulah nampak
kejayaannya. Sesungguhnya, kejayaan yang hakiki biasa lahir daripada kebolehan
insan-insan biasa yang mampu berfikir secara luar biasa. Oleh sebab itu, dalam
mencari penyelesaian kepada masalah kronik kesesakan trafik, sudah tiba masanya
sesuatu idea baru yang kreatif dan produktif dicetuskan segera. Biarlah
lontaran idea tersebut tidak logik kepada sesetengah pihak tetapi relevan dalam
menyelesaikan masalah yang tiada kesudahannya.
1 Comments
Terima kasih untuk esei yg sngt menakjubkan...Sangat bagus...Ia memang membantu saya untuk mempertingkatkan kemahiran geografi dan membuat persediaan ujian spm yg akan saya harungi
ReplyDelete