Karangan SPM- Contoh Karangan Kesan-Kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Kepada Kesihatan Seseorang
Dalam meniti kehidupan pada marcapada, pelbagai urusan yang harus dilaksanakan serta memakan masa individu tersebut sehinggakan lumrah manusia seperti makan dan minum semakin sukar. Kesibukan mengejar matlamat atau cita-cita hidup membuatkan kita alpa untuk mengambil serius dalam pemakanan kita dengan mengambil makanan segera sebagai rutin demi menjimatkan masa. Makanan segera seperti burger dan mee segera adalah makanan yang telah diproses dan mengandungi pelbagai bahan kimia yang mampu memudahkan pemakanan dan menambah tempoh luput makanan tersebut. Kandungan dalam makanan tersebut yang menjadi punca utama keburukan mengambil makanan segera secara kerap.
Kesan
paling buruk dalam pengambilan makanan segera adalah menyebabkan seseorang itu
mengalami penyakit-penyakit kronik. Antara penyakit kronik yang dikaitkan
dengan pengambilan makanan segera adalah penyakit darah tinggi dan kencing
manis. Kandungan kolesterol dan kadar gula yang amat tinggi pada makanan segera
akan mengganggu fungsi badan kita bagi merembes bahan-bahan yang tidak
diperlukan dalam badan. Sekiranya amalan gaya hidup yang sihat dan pemakanan
yang seimbang tidak dipraktikkan oleh semua golongan di Malaysia, kadar
kesihatan akan menjunam dan akan merosakkan imej negara kita. Persis kata
peribahasa Melayu, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna yang
bermaksud fikirlah tindakan kita hari ini sebelum mendapat akibatnya kelak.
Selain
itu, kekerapan pengambilan makanan segera akan menyumbang kepada masalah
obesiti. Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa Malaysia merupakan negara
pertama dalam kedudukan rakyat yang mempunyai masalah kegemukan. Faktor harga
yang murah dan akses yang mudah bagi mendapatkan makanan segera menjadi punca
rakyat di negara ini suka membeli makanan segera berbanding memasak makanan
yang lebih berkhasiat. Lambakan snek-snek makanan ringan yang tidak berkhasiat
juga menjadi punca kepada masalah obesiti ini di mana konsumer utama terdiri
daripada kanak-kanak yang lebih gemar kepada makanan segera. Hal ini perlu
diberi perhatian oleh pihak Kementerian Kesihatan supaya dapat mencari jalan
mengurangkan masalh obesiti disamping meningkatkan kesedaran rakyat terhadap
keburukan makanan segera.
Terdapat
juga kajian yang menunjukkan pengambilan makanan segara akan membantut
pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak seharusnya memakan makanan yang
mengandungi zat dan khasiat yang cukup bagi mencapai pertumbuhan diri yang
ideal. Kenakan yang berbeza berbanding sayur-sayuran dan makanan berkhasiat
yang lain membuatkan kanak-kanak lebih gemar untuk makan makanan segera yang
menepati cita rasa mereka. Kelalaian ibu bapa yang kerap membawa mereka ke
restoran makanan segera akan menjadi tabiat yang buruk untuk di amalkan. Ibu
bapa sepatutnya bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memakan makanan
yang berkhasiat agar mendapat faedah dikemudian hari. Pertumbuhan yang ideal
generasi muda perlu menjadi agenda utama dalam melahirkan genarasi pemimpin
masa hadapan negara yang kompetitif dan berwawasan.
Pengambilan
makanan segara juga akan mengakibatkan kesan buruk seperti mengurangkan daya
produktiviti seseorang. Sebagai contoh, golongan pelajar universiti yang kerap
memakan mee segera untuk menjimatkan perbelanjaan harian akan menghadapi
kemelesetan dalam aktiviti harian dek kerana kekurangan tenaga dan khasiat.
Golongan pelajar seharusnya memberikan keutamaan pada diri mereka supaya
berketrampilan baik dan meyakinkan justeru pemakanan yang seimbang dan sihat
dapat menjamin daya keberkesanan pelajar di dalam kelas. Tambahan pula,
aplikasi penghantaran makanan yang semakin berkembang hari ini juga menjadikan
rakyat kita semakin malas jika dilihat pada sudut yang negatif. Intihannya,
kemudahan teknologi dan kegawatan ekonomi hendaklah dihadapi dengan bijak agar
mendapat manfaat yang positif lagi menguntungkan.
Konklusinya,
sudah terang lagi bersuluh bahawasanya pengambilan makanan segera akan
memberikan pelbagai kesan buruk kepada semua golongan tidak kira individu atau
masyarakat. Benarlah seperti telahan orang tua-tua, jangan ambil senang
jika tidak mahu susah. Inilah musibah apabila masyarakat terlalu memilih jalan
mudah termasuk dalam hal makan minum. Prakarsa yang efektif perlu di atur oleh
pelbagai pihak terutamanya kerajaan dalam memastikan rakyat mempunyai kesedaran
akan keburukan pengambilan makanan segera serta kesannya terhadap diri dan
negara. Marilah kita bersama-sama mengorak langkah dalam melahirkan masyarakat
yang sihat dan sejahtera sekaligus memacu negara ke arah kecemerlangan sejagat
0 Comments