Isu tentang semangat patriotik
semakin luntur dalam kalangan masyarakat sering diperkatakan. Kemukakan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Sejak
akhir-akhir ini, isu semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan
masyarakat di negara kita pada masa kini sering diperkatakan. Perkara ini
amat membimbangkan apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak
mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Contohnya anggota masyarakat kita tidak
mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara
dijalankan. Justeru. langkah-langkah yang berkesan perlu dilaksanakan untuk
mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi ‘duri dalam daging’ yang akan menjejaskan kemakmuran negara kita.
Sebenarnya
terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antranya ialah memupuk semangat patriotik sejak dari
bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati
dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Contohnya pihak sekolah boleh mengadakan program seperti
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku semasa
perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk
sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan
dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan
perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara.
Baca juga: Peranan ibu bapa bagi memupuk semangat cinta akan negara
Baca juga: Peranan ibu bapa bagi memupuk semangat cinta akan negara
Selain
itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik
dalam sanubari anak –anak. Ibu bapa harus sentiasa menanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan
kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa juga mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada
anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama-sama
anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan
anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti
sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan
kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil.
Seterusnya,
pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen
secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan
dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat
tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita
Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti
televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen
dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan
semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan
negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem
seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat
cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara
kaum di negara kita.
Kesimpulannya,
semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan
negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan
negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga
akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai
kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang
lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam
kalangan masyarakat.
Baca juga: Peranan ibu bapa bagi memupuk semangat cinta akan negara
Baca juga: Peranan ibu bapa bagi memupuk semangat cinta akan negara
6 Comments
assalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih
ReplyDeleteMantulllll
ReplyDeletetq😊
ReplyDeletemaklumat yg bagus dan membantu untuk membuat karangan,izinkan saya untuk ambil maklumat sebagai pembelajaran,semoga dengan maklumat ini,pahala ilmu awak mengalir
ReplyDeleteizinkan saya mengambil karangan ini untuk membuat tugasan kerja rumah ☺️☺️
ReplyDeleteIzikan saya untuk mengambil karangan ini untuk membuat kerja sekolah😊
ReplyDelete